Wednesday, July 15, 2015

Maafkan Aku Mencintaimu 3

3

“Oh . ini lah hal penting kau?”ucap sins jejaka itu. Aku terkejut dengan teguran itu. Asy memandang ku dengan penuh tanda tanya. “Err, firaz buat apa kat sini? Dorang anna kat mana?”ujar ku dengan serba salah.ya lelaki yang menegurku adalah firaz. Tapi bukan kah dia bersama dengan rakan-rakan yang lain?aku melihat firaz tersenyum sins. “kenapa kau nak tanya? Atau kau takut tembelang kau pecah?!”marahnya padaku.. belum sempat aku berkata tiba-tiba anna, fifin dan juga adryl and the genk datang. Lagi lah aku terkejut. “Lia?”panggil fifin dengan wajah yang terkejut. “apa semua ni?”sambungnya. “fin, apa yang kamu nampak bukan macam yang kamu fikirkan.”jelasku. “Lia ,kau kata kau ada hal penting. Tapi apa semua ni?kau tipu kan?”ujar fifin. “aku tak ..”belum sempat aku terangkan,firaz terus memotong kata-kataku.  “kau nak cakap apa lagi? Ingatkan hanya seorang kawan yang mementingkan diri. Rupanya dalam tak sedar ada dua orang. Dan orang itu adalah kau Lia!..ya selama ni walaupun kyra buat macam tu, kami faham sebab gaya dia memang tak pernah menghargai orang lain. Tapi kau? Kau yang selama ini kami percaya,tapi kau buat kami semua macam ni!!”marahnya padaku.

 Ramai yang memandang kami dalam resturant itu. Asy berdiri dan ingin bersuara tetapi aku sempat menahannya. Biarlah aku yang selesaikan perkara ini. “dah habis kau cakap?”aku melihat firaz yang masih dengan wajah tegangnya. “begitu senang bukan kau cakap aku macam tu?sedangkan kau tak tahu apa perkara yang betul…”dan sekali lagi kata ku dipotong olehnya“Hey!!kami semua nampak apa yang berlaku di depan kami sekarang!”katanya. aku memandang fifin dan anna . ya nampaknya memang mereka sudah hilang kepercayaan denganku. “anna kau percaya dengan aku kan?aku takkan menipu kalau tidak bersebab”kataku pada anna. “ya aku percaya kau.. tapi itu semua dulu. Sebelum perkara ini terjadi”ujar anna. Hampa.. “Lia, betul apa yang firaz cakap dekat kau tadi. Dulu kami nampak kau baik sangat. Tapi apa yang kami nampak tadi dah terbukti semuanya hanya jelas. Kau bukan kawan yang baik”ujar fifin.. aku faham dengan apa yang fifin sampaikan.

Tapi mereka semua dah salah faham dengan keadaan ini.aku ingin jelaskan tetapi firaz mendahului aku untuk bercakap. “dah lah Lia, cukup lah kau menipu.kau ingat dengan kata-kata kau kami nak percaya lagi?betul cakap fifin.  Dulu kau baik sangat. Kau jaga adab pergaulan kau. Tapi semua itu hanya untuk mengaburkan mata kami semua. Tapi di belakang kami kau bukan hanya perempuan tak tahu malu, mala kau boleh dianggap perempuan murahan!!”marah firaz,dengan sedikit menjerit. Belum sempat aku menahan , satu tumbukan telah dilepaskan oleh asy. firaz terus terjatuh. Aku lihat asy ingin menumbuk firaz sekali lagi. “Asy!.. Please be your self”rayuku sambil memegang tangan asy agar tidak melakukannya sekali lagi. Asy terdiam melihat aku merayu padanya dengan mata yang merah menahan air mata yang akan gugur tidak lama lagi.

Aku melihat adryl dan yang lain membantu firaz untuk bangun. Aku tahu mesti sakit yang dirasakan olehnya. Ya lah Asy ni selalu ikut latihan tinju dekat sekolah dia.Aku ingin membantunya tapi langkahku terhenti kerana ada yang memanggilku. “Cik Muda dengan Tuan Muda kat sini rupanya. Dari tadi saya call tapi tidak di jawab”kata Pak man. Semua yang mendengar terus melihat kearah Pak man. Pak man melihat keadaan kami pada masa itu pun pelik. Baru saja dia hendak bertanya telefon bimbitnya berbunyi dan dia terus menyambut panggilan itu. Aku lihat mereka semua senyap mungkin tertanya-tanya siapa yang memanggil aku dan asy tadi. Aku lihat Pak mat selesai bercakap dalam telefon dan terus ke tempat kami. “Cik muda, tadi pak engku telefon. Pak engku suruh cik muda dan tuan muda balik sekarang,kerana sepupu cik muda dan tuan muda akan datang ke rumah petang nanti.”jelas Pak man.

Asy yang mendengan hanya mengangukkan tanda faham. Aku melihat wajah fifin dan yang lain punuh dengan tanda tanya. Mungkin pelik mengapa aku di panggil seperti itu. Aku melihat Pak man dan senyum kepadanya. “oh,Lia lupa pula mereka akan datang hari ni.hmm Pak man tolong angkat bakul-bakul yang tu, letak dalam kereta. Kejap lagi Lia dengan Asy pegi sana.”ujarku. Pak man terus mengambil bakul-bakul yang ku katakan tadi danterus jalan  untuk menghantar bakul tersebut dalam kereta. “siapa lelaki tadi?kenapa dia panggil kau cik muda?”soal fifin. Aku tersenyum  sinis dengan soalan yang diberi. “kenapa kau nak tahu?sedangkan kamu semua tak memberi satu pun peluang untuk aku jelaskan.”perliku. “Lia bukan maksud ka…”belum sempat qirt menghabiskan ayatnya aku memotong . “shut up!”tengkingku membuat mereka semua terkejut. “sekarang biar aku yang bercakap! Kamu ingat aku ini tunggul ke? Dengar je hinaan kamu?kamu ingat aku tak ada perasaan? Membiarkan kamu menuduh aku seperti itu?kalau kamu semua anggap aku ni perempuan murahan ? ya aku ni perempuan murahan seperti yang kamu katakan!!. aku memang tak layak untuk berkawan dengan kamu semua. Sungguh hina aku di mata kamu semua kan.”ujar ku dengan hati yang sakit.

 Tanpa di sedari air mata ku mengalir. Fifin yang nampak aku menangis bergerak untuk mendekatiku namun aku mengelak. “jangan datang dekat sini fin. Tolong jangan tambah kesakitan ini. Aku nak minta maaf sebab tipu kamu. Aku minta maaf sebab berkawan dengan kamu. Yalah aku kan perempuan murahan sudah tentu tak layak kan?”ujarku sambil menangis. “lepas ni aku takkan muncul depan korang lagi. Dan anggap lah aku tak pernah wujud dalam hidup kamu semua.  Terima kasih firaz sebab malukan aku depan orang ramai. Terima kasih banyak-banyak kerana memberi hinaan itu.”sambungku. Dan terus berlalu pergi meninggalkan mereka.

Asy memandang firaz dan memberi satu tumbukan sekali lagi. Bibir firaz berdarah disebabkan tumbukan itu. “itu hadiah kau sebab sakitkan hati dia!!”tengking Asy padanya,dan berlalu pergi untuk mengejarku. firaz hanya berdiam saja. Sungguh dia berasa bersalah.
Dalam kereta aku mendiamkan diri. Sangat sakit yang aku rasa. Mungkin salah ku juga kerana tidak memberitahu hal sebenar. Sampai di rumah, aku terus masuk dalam bilikku dan terus menangis..

Semasa sepupu datang aku membuat seperti biasa walaupun hatiku masih sakit dengan kata-kata firaz.Asy sudah banyak kali melihatku mungkin risau dengan apa yang terjadi. Apabila makan bersama dengan sepupuku. Aku hanya mendiamkan diri, bila ada soalan baru aku bercakap.
Aku duduk bersendirian di balkoni bilikku dan termenung sendirian. Angin malam yang bertiup seperti tahu hati ini sedang menderita. Masih terngiang-ngiang kata-kata firaz tengahari tadi. Terhiris hati ini bila mengingatkannya. Salah aku juga tak beritahu dorang semua yang aku keluar dengan adik aku. Sampai mereka salah faham tentang hubungan aku dan asy. Hmm.. ‘Ya Allah, tabahkan hati hamba mu ini’aku berkata dalam hati.tanpa disedari setitis air mata aku gugur.

Ketukan pintu bilikku menyedarkan aku dari lamunan yang panjang.  Aku cepat-cepat mengeset air mata di pipiku. Tidak mahu ada yang tahu aku menangis.“emm..Lia boleh aku masuk?”aku dengar suara Dian. Aku lihat dia sudah berada di muka pintu dan aku memberi senyuman padanya. “hmm, masuk lah, macam kau tak biasa pula nak masuk bilik aku”jawabku. Setelah mendengar jawapanku Dian terus meluru masuk dalam bilikku dan ke balkonimenemankan aku. Hmm.. lupa pula Dian ni sepupu aku yang  paling aku rapat. Nama betul dia Tengku Diana Emilya binti Tengku Zafferel Emier. Dian seumur dengan aku dan Asy. Memang dari kecil lagi kami rapat tapi disebabkan ayah Dian kena uruskan syarikat kat johor maka mereka perlu pindah ke sana.

“Termenung jauh nampak?”ujar Dian sambil melihat wajahku. “mana ada aku termenung. Aku cuma berfikir je pun.”balasku. aku cuba memberi senyuman agar Dian tidak dapat mengetahui aku ada masalah. “Berfikir atau kau ada masalah?”katanya. sememangnya tekaan yang tepat tapi aku cuba nafikannya. “ish kau ni, main tau-tau je aku ada masalah. Takde lah .aku cuma berfikir sikit je. Takda masalah pun”ujurku sambil membuat muka selamba“kau tak payah nak tipu aku. Aku tau kau ada masalah. Tengok muka kau pun aku tau. Aku bukan kenal kau sehari dua tau, dah lama aku kenal kau. Sejak kita kecil lagi kita kenal.”bebel Dian. Aku tersenyum kelat. Memang aku tak boleh tipu Dian. Dari dulu lagi asal aku menipu mesti Dian tau. Sudah tentunya dia tahu aku menipu.

“hmm, kau dari dulu tak berubahkan. Asal aku menipu mesti kau tau. Betul tekaan kau aku memang ada masalah. Mungkin salah aku juga, sebab aku tak beritahu hal yang sebenar dengan dorang semua. Aku tak sangka semua jadi begini, tak sangka pula semua terbongkar peta…..”belum sempat aku meneruskan Dian terus bercakap “ Petang tadi??”ujar Dian. Berkerut dahi ku.Aku pelik macam mana Dian tau itu terjadi petang tadi? “tak payah lah kau pelik sangat sampai macam tu. Sebelum aku masuk bilik kau tadi aku ada tanya Asy kenapa kau macam takada mood je. So dia cerita kat aku lah apa yang terjadi dari A-Z dia bagi tau aku. Kau ni pun satu tau. Kan aku dah cakap dari dulu, kalau ada masalah bagitahu aku. Ni tidak, nak juga tipu.”jelas Dian.

Aku tersengih . “ala kalau aku tak beritahu pun mesti spy kau dah bagi tau kau kan? Haha”ujarku. Satu cubitan di lengan ku terima dari Dian. Aku terjerit kecil sambil menggosok tempat yang di cubit tadi. “sakit lah..”adu ku. “orang serius kau boleh main-main pulakan?”balas Dian dengan sedikit geram. “aku gurau je pon nak marah. Habis lah kau kena jual nanti”usik ku. Dian melempar sebiji bantal kearah ku namun sempat ku elak. Aku ketawa apabila bantal itu tidak kena sasaran yang tepat. “hahaha. Tak kena”ujarku sambil menjelirkan lidah kepadanya. “Ohh.. tak kena yer? Nanti kau”ujar Dian dan terus melangkah kearah ku. Aku terus berlari keluar dari bilik. Dari situ lah bermulanya kejar mengejar dari tingkat atas sampai ke tingkat bawah.

“mama tolong Lia”ujarku sambil bersembunyi dibelakang mama ku. “Ya Allah. Budak berdua ni. dah-dah lah main macam ni. ingat sikit kamu tu dah 17 tahun bukan budak 7 tahun.”tegur  mama. Aku dan Dian berhenti main setelah di tegur. “Betul apa yang mama cakap tu. Kamu dua tu bukan kecil lagi dah besar dah. Boleh kawin dah pun kamu berdua ni”sokong mummy. “ish,mummy ni Dian dengan Lia masih muda lah. Takkan lah kami nak kawin belajarpun belum habis ni kan pula boyfriend pun kami berdua belum ada.”jawab Dian. “Betul tu mummy. We two stil young to get married”ujar ku. “yup that right!”sokong Dian.


“hmm. Kamu berdua ni memang satu kepalakan. Mama dengan mummy gurau je pon. Dah pegi sambung main kat sana.”ujar mama. “aik, mama halau kami ke ni? tadi kata jangan main lagi sekarang suruh sambung main pula, kan Dian?”ujar ku. 

tu lah kesian kat kita dua ni kan kena halau.”ujar Dian sambil buat-buat muka sedih. “betul,betul,betul”sokongku macam upin ipin pula. 

“merajuk lah kamu berdua. Tak ada yang kisah pun.”ujar mama. “a’ah, tak ada yang nak pujuk pun.”sokong mummy. 

“oh.. tak nak pujuk Lia dengan Dian ek? Bagitau kat papa dengan daddy yang mama dengan mummy tak nak pujuk kita orang”ugutku . 

“hah. Betul kita repot kat papa dengan daddy.” Sokong dian. 

“ish dua budak ni. ada-ada je. Dah pegi sana.”ujar mama. 

“Dian jom cabut. Muka mama dan mummy dah macam nak makan orang tu jadi lebih baik kita lari sebelum kena ngaap”usikku. 

“ish kamu dua memang nak kena ni”ujar mummy. 

“cabut!”serentak aku dan Dian melarikan diri.

Tuesday, July 14, 2015

Maafkan Aku Mencintaimu 2

2

Krrriiinng!!Krrriiinng!! Bunyi loceng telah kedengaran. Aku sudah tolong siapkan kerja rumah anna. Aku memberikan bukunya dan aku terus ke tempat duduk aku, untuk mengambil buku-buku mata pelajaran kimia. Yalah kelas sains tulen kan mesti datang tepat pada masanya dalam makmal. Mahu kena marah berani lah datang lambat sudah tentu ada yang kena kunci tak dapat masuk kelas.
Dalam makmal aku memang duduk dekat meja paling belakang bukan jer tapi kawan aku yang dua orang tu pun duduk satu meja.Selain aku,anna dan fifin ada dua orang lagi yang duduk bersama kami iaitu budak yang bernama nyra dan dee. Dalam setiap meja hanya lima orang atau enam orang jer.Budak dua orang tu memang tak boleh di harap. Kalau ada yang tak hantar buku latihan atau buku nota ker memang tak payah teka lagi, sebab memang budak dua orang tu tak pernah hantar.Hmm bukan tak pernah sebenarnya, tapi budak berdua tu akan hantar dua hari selepas hari yang patut dihantar.Susah pulak nak jelaskan.

Dalam makmal semua fokus nak belajar sebab tak lama lagi spm jadi mesti serius. Hmm tak sangka pula dah nak habis sekolah menengah.Tengah aku tulis nota tiba-tiba budak sorang ni panggil aku.aku toleh padanya “wei, kau tengok lah muka abang naz, ni mesti dia berjemur kan?yela, kan dia ni terlibat dengan aktiviti sukan peringkat daerah hari tu”ujar anna. “Biarlah kalau dia berjemur pun,aku tak nak menyibuk pasal dia.Buang masa jer.”aku kata padanya dan terus menyambung menyalin nota. “Alar lia macam kau tak kenal dengan anna ni dia kan memang prihatin dengan abang naz kesayangan dia.”ujar fifin.Aku hanya tersenyum dengan kata-kata fifin.

Akhirnya masa kelas kimia telah tamat dan kami semua keluar dari makmal dan terus masuk ke kelas kembali.Semasa aku nak masuk kelas ada orang yang langgar aku dari belakang. Nasib lah buku jer yang jatuh kalau aku yang jatuh mahu malu aku nanti. Aku toleh ke belakang hai budak ni rupanya yang langgar aku.aku tunduk untuk mengambil buku-buku aku yang jatuh.“Lain kali kalau jalan tu tengok lah depan ni main langgar jer.”aku kata padanya. Aku lihat dia pun membantu aku mengambil buku yang terjatuh.”Sorry, tak sengaja langgar”ujar firaz padaku.”Hmm”aku lihat dia dan terus masuk dalam kelas. Budak yang aku panggil firaz tadi, nama betul dia Firaz Izhar bin Dato Faslee Izham. Kalau nak tahu dia tu anak orang kaya. Yalah dah nama bapa ada title ‘Dato’ mestilah kaya.Tapi Firaz ni dia memang selalu cari pasal dengan aku dari dulu lagi, selalu lah juga kami bergaduh tapi sekarang tak lagi.

Sememangnya aku ni suka dengan dia tapi nak buat macam manakan aku dengan dia bergaduh jer kerja, tapi last-last aku mengalah sebab aku tak mampu nak benci dia. Hanya anna, fifin dan beberapa kawan aku yang lain jer tahu pasal aku suka kat dia. Tapi aku ni takut untuk meluahkan cinta yalahkan takut bertepuk sebelah tangan. Dulu dia couple dengan kawan aku sendiri. Sape yang tak sakit hati kan? Dengan kawan sendiri lagi tu, c firaz ni dah pandai sms aku sebab nak minta tolong pujuk kawan aku yang tengah merajuk dengan dia, lagi sakit hati aku waktu tu.

Takpe lah aku sanggup sakit asal dia bahagia.”Oi!! berangan ker?”sergah Anna dari belakangku. “mana ada aku berangan. Cuma terfikir hal dulu”ujarku.Anna dan fifin faham apa yang aku kata.”Sudah lah tu, kau boleh cari yang lain kan.”pujuk fifin. “Ish tak nak lah sedih-sedih begini.senyum lah sikit”kata qirt yang membuatku tersenyum.”yalah-yalah aku pun tak nak sedih-sedih.hmm tak sangka kan spm tinggal dua bulan lagi.”ujar ku.

“Ha’ah lah, tak sangka pun. Pejam celik- pejam celik dah nak dekat bulan sepuluh kan.”ujar fifin. “Yalah, dah nak dekat kan spm. Nanti kita sambung belajar di universiti yang sama ek. Tak nak berpisah dengan korang”rengek Anna. Aku dan fifin tertawa melihat gelagat kawan kami yang sorang ni emo sangat.

Hari ni hanya ada dua orang guru jer yang masuk kelas. Yang lain tak masuk sebab ada urusan. Setelah tahu ada guru yang tak masuk terus je yang lain sibuk bercerita. Siapa lagi kalau bukan genk mengumpat yang diketuai oleh orang yang bernama jane. Dia ni selainn mengumpat kalau pasal lelaki terus je jadi gedik.Semua lelaki kat kelas dia nak. Perempuan gedikkan memang macam tu gaya dia nak dapatkan perhatian lelaki.

Kring!kring!kring….Bunyi loceng yang sudah menandakan tamat waktu persekolahan untuk hari ini. Ini lagi tak sangka kejap je kat sekolah. Minggu depan dah cuti. Maklumlah penilaian menengah rendah dah nak bermula. Jadi kami diberi kuti agar tidak ada sebarang gangguan semasa peperiksaan dijalankan.

“Jauh mengelamu cik kak oi? Tak nak pulang ke? Atau kau nak tinggal kat sini?”ujar Anna. Adui lupa pula aku masih kat dalam kelas. Hehe. “ Tak jauh pun, baru sampai kat paris. Nak join aku ke? Kalau boleh aku nak juga buat macam rumah sendiri kat sini. Tapi nak buat macam mana kunci bukan aku  yang pegang.huhuuhu”ujar aku berpura-pura nak menangis.

“Eh, tak kuasa aku nak layan kau. Dah lah jom pulang. Adryl dah nak kunci kelas tu kesian pula dia kena tinggal bas nanti.”ujar anna “Yerlah jap aku nak susun barang nie.”aku susun semua barang yang perlu masukkan dalam beg. Dah selesai. “jom lah pulang.”ucapku. kami terserempak dengan adryl nampaknya dia dah nak kunci kelas.

Aku pulang di jumput oleh abi. Nampaknya hari ini aku tak dapat jalan dengan genk aku lah. Huhu sedihnya. Takpe lepas spm boleh enjoy.. yeah!.Sampai jer rumah aku memberi salam dan menyalami umi,terus naik atas untuk membersihkan diri. Selesai membersihkan diri aku menunaikan solat zuhur dan terus  membuat kerja rumah, takut pulak nanti tak sempat siap.

Kini masa cuti pun sudah tiba, aku menghabiskan masa dengan papa, mama serta adik beradikku. Tapi yang ada kat rumah tu abang am iaitu abang sulungku dan kakak iparku serta anak mereka dan kak ira iaitu kakak aku. Adik kesayangan aku tak pulang pula. Rindu betul aku dengannya. Ylah adik aku tu kat tempat yang jauh, memang lah susah nak pulang. Lagipun sekolah kat sana mana sama dengan sekolah kat sini.

Huhuhu.. takut pula memduduki spm . Rasa gementarpun ada. Nasib lah aku ada belajar kalau tak memang aku tak dapat jawab soalan yang begitu mencabar. Arh..  sabar Lia tinggal tiga paper lagi kau nak ambil. Dah lah paper paling last adalah Lukisan kejuruteraan. Adui. Fokus Lia, belajar betul-betul. Tak pasal-pasal kau kalah dengan adik kau sendiri nanti.

Pejam celik,pejam celik.. Akhirnya spm dah habis .yeah!! lepas ni dah bebas.. tak payah lagi risau pasal peperikasaan. Tapi kena risau juga takut nanti keputusan mengecewakan pula. Huhuhu.
Sedang aku melayan lagu ‘jaga dia untukku’nyanyian dato siti. Tiba-tiba hp aku berbunyi. Ada mesej masuk  dari kawan aku c fifin.

~wie. Hari selasa depan jom kita pegi picnic?-fifin

Hari selasa depan? Alamak tak boleh pula. Hari selasa depankan adik nak pulang dah janji nak ikut mama dan papa pegi jemput dia.

+hmm,sory beb aku tak dpt pegi kot. Dah jnji dgn family nak jln.-Lia

Harap dorang faham la. Tit.. tit.. laju juga budak ni balas..

~alar.. takkan tak bleh kot?ni picnic kls kta pnya tw.ckgu pn ada skali.-fifin

+sory lah, aku btul2 tak dpt join korang.nnti lain kali kta pegi oky. Aku janji. n_n- Lia

~hmm, yrlh. Janji tw? Nnt kita keluar pekan dgn drng adryl sekali nnti. Oky?-fifin

Senang juga nak pujuk budak ni..tiba-tiba aku terdengar umi memanggil ku.dah nak makan malam kot.

+ oky aku janji. Bye umi dah panggil aku tu. Nanti kena marah pula.bye love u fren.-Lia

~oky bye. Love u too fren..- fifin

Setelah selesai bersms dengan fifin aku terus keluar dari bilik dan terus ke ruang makan. Malam tu aku menghabiskan masa dengan umi dan abi sebab esok aku dah nak pulang rumah mama dan papa. Rasa sedih pula nak tinggalkan rumah ni. Huhuhu..
Akhinya hari yang ditunggu-tunggu pun telah tiba. Hari ini adik aku nak pulang. Kejap lagi sampai lah tu. Rindu yang teramat sangat dengan adik aku ni. Baru teringat hari juga semua rakan sekelas ku picnic. Lupa pula nak tanya kat mana tempat picnic tu.

Hmm baru tadi dengar  kapal terbang dari new York dah mendarat.maknanya adik dah sampai lah.. yeah..’hmm mana pula ni.tak Nampak pun asy.’ucapku dalam hati.

Tiba-tiba ada orang langgar bahu ku. Aish.. siapa pula yang langgar aku  ni. Kesian beg kesayangan aku terjatuh. Lelaki pula yang langgar tu.“ish. Takde mata ke hah? Main langgar je.”kata ku dengan kasar sambil mengambil beg ku yang jatuh. Aku tengok lelaki tu masih belum bergerak dari depan aku. Entah-entah dia nak culik aku tak? Ish tak baik buruk sangka Lia.aku berdiri terus membersihkan beg aku yang jatuh tadi tanpa menoleh pada lelaki yang di depan aku.

“Amboi, garangnya cik kak oi. Marah ke?”tegur lelaki itu. Aku macam kenal pemilik suara itu terus aku melihat di hadapan ku nampaknya aku dah terkena.. aku terus memeluk lelaki dihadapan ku. Eh korang jangan fikir yang bukan-bukan pula yer. Lelaki yang aku peluk tu merupakan adik aku. Nama dia Tengku Asyraf Zamir Erwan..sebenarnya dia bukan sekadar adik aku tapi juga sebagai kembar aku. Kalau tengok muka kami memang seiras tapi bezanya dia lelaki , aku permpuan.

“rindunya Asy dengan akak.”ujarnya. oh ya.. dia memang bahaskan diri dia dengan nama asy.aku pun memang panggil dia Asy.

“Eleh. Rindu konon. Tapi tak pandai nak balik sini.”perliku.

“betul lah rindu. Ingat Asy main-main ke? Akak  yang tak rindu Asy ke?”ujar Asy sambil membuat muka merajuk.

“hah, mula lah tu nak merajuk. Akak kat sini pun rindu dekat kembar akak ni.”ujarku sambil mencubit pipinya. Asy sudah terjerit kecil apabila aku mencubitnya.

“Sakitlah kak.”ujarnya. papa dan mama dari tadi hanya membiarkan saja. Ala macam tak biasa pula kan dengan perangai kami berdua kalau dah sama-sama.

“dahlah kamu berdua sana. Malu pula orang nampak karang. Dah jom pulang . Mak jah dah masakkan sedap-sedap kat rumah .”ujar mama.

“mesti mak jah ada masak makanan kegemaran Asy kan ma? Dah lama tak makan ikan masak asam pedas”kata Asy pada mama.

“Eleh. Yerlah tu “kataku pada Asy.

Sampai di rumah Asy terus ke biliknya untuk menyimpan barang. Aku pun telah masuk ke bilik aku untuk bersihkan diri.

Makan malam baru lah kami semua berkumpul tapi hanya kami je lah yang ada sebab kak Ira dia kat universiti. Abang Am pula pergi JB nak jumpa dengan keluarga isteri lah dikatakan. Abang  Mir pula ada dekat KL. yalah urus projek dekat sana lah . Cuti nanti baru dapat pulang.

Selesai makan malam aku dan Asy bercerita kat ruang tamu atas. Mama dan papa kat ruang tamu bawah tengah tengok tv kot. Malam tu kami berdua menghabiskan masa dengan bercerita sampai kami terlelap disana. Kami dah biasa tiduk kat sana.hehehe.

Pagi esoknya nasiblah kami awal bangun juga kalau tidak, memang mama marahkan kami sebab lambat tidur. Haha.. tapi takpe lah sekali-sekalakan nak tak tidur lambat.hehe..

Pejam celik,pejam celik dah seminggu lebih asy kat rumah..”Lia? dah bangun ke belum? Mak engku panggil kat bawah sarapan katanya.”ujar mak jah sambil mengetuk pintu bilikku. “dah mak jah, okey kejap lagi Lia turun”basalku. Kami semua sarapan bersama.lepas siap sarapan ingat nak ajak  Asy pegi joging tapi dia kata tak nak. Sebab dia mengantuk , nak tido kejap dia kata. Takpelah macam tak biasa pergi sendirikan. Sambil aku joging sambil aku mendengar Ipod. Baru semangat nak jogging.hehe

Huh!..Penat juga baru siap jogging. Aku pulang ke rumah nampak Asy tengah tengok tv. ‘Ai?kata tadi nak tido.’desis hatiku.

Aku ke dapur untuk mengambil air dari peti sejuk. Aku bawa air itu ke ruang tamu tempat Asy menonton tv.

“hmm..kata tadi nak tido?”Tanyaku..

“malas pula nak tido.ingat nak ubah fikiran jogging sama tadi. Tap tengok akak dah jalan”ujarnya.

“Ala.. yeke? Sory lah ek. Hehe. Ingat asy taknak ikut tadi jadi akak jogging lah sorang.”kataku

“Takpe lah. Nanti pun boleh.”aku hanya menganguk sebab penat yang ku rasa belum hilang sepenuhnya.

“Hmm, akak esok jom pegi pekan?kita shopping ek?”ujar asy tiba-tiba.

Aku diam seketika nak berfikir. Hmm.. “ okey tapi Asy belanja boleh?hehe”ujarku padanya.

“Boleh jer.Asy belanja akak bayar oky.hahaha”loyar buruk pulak budak ni.

“Ikut suka kamu lah. Akak nak naik atas jap.”ujarku.

Sampai di bilikku. Benda yang pertama aku ambil adalah hp. Yelah hati aku berkata ada mesej masuk. Hehe. Tapi memang betul pun ada orang mesej aku.

~hai Lia.hehe. aku ganggu kau ke?-fifin

Lah dari budak ni rupanya.nak ape pula dia ni.

+hai jg. Mmang kau ganggu aku pn. Haha. Aceh jer.npa kau sms ni?-Lia

Jahat pula aku. Macam taknak kena sms je.

~eh,kau ni mcm tak suka je aku sms?baru 2mnggu kot kita cuti.kau dah lupakn kwn kw pla.-fifin

Aik.kan betul memang dia akan fikir begitu.

+bukan mcm tu lh. Aku aceh je pn nak ambil hati.yelh aku nak tnya npa kw sms?takkn kw sms aku 
sbb nak buang masa je. Syg lh kredit nnti.-Lia

~hehe..yelah.. ohya. Esk jom kluar sma. Drong genk adryl pn ada sekali esk.-fifin

Adui.. kenapa lah dorang pilih esok. Dah lah aku nak keluar dengan Asy.

+klau lusa boleh tak? –Lia

~lusa tak boleh. Sbb Anna nak balik kmpng. Aku pn sma. Esk je lh oky?-fifn

+aku tak dpt lh esk. Ada hal.sory.-Lia

~mana boleh . kau mesti pegi jg. Kmi da sesuatu untk kau.-fifin

+maaf lah aku btul2 tak dpt pegi.- Lia

~kau kan dah janji nak kluar sma?mana boleh mungkir janji.-fifin

+aku btul2 tak dpt.kali ni aku janji btul2. Lps ni aku akn kluar dgn krng. Tp bkn esk. Boleh ya?-Lia

~hmm. Ylh klau mcm tu. Tp ingt jgn mungkir janji lgi.klau tak kmi tak nak kwn dgn kw lgi.-fifin

+amboi smpai taknak kwn. Ylh aku jnji. Hmm.  Aku nak pegi mndi dlu. Bru dri joging tdi brpeluh 
pla. Bye.-Lia

~rjinnya pegi joging?haha. ni mesti jmp pakwe kn.. oky lh bye.-fifin.

Ish ish ish,, budak ni memang ada je lah yang dia fikir..aku mencampak hp ku di atas katil. Aku mengambil tuala yang tersidai di tepi katil  dan terus masuk ke dalam bilik air.
Seperti yang di janjikan, aku akan menemani asy untuk shopping hari ni. papa dan mama memang membenarkan kami untuk keluar tapi ada syaratnya mesti drive yang hantarkan sebab senang memerhati gerak geri kami kemana. Haha.. papa memang begitu tapi yala betul juga lagi pun nak bayar sewa teksi bukan murah.

Aku memberitahu untuk menghantar kami ke shopping complex .haha yala nak bershoppingkan, drive papa pun bawa kami ke sana. Ohya. Drive papa nama dia Abdul Rahman . tapi kami dah biasa panggil Pak man je. Pak man ni suami Mak Jah. Dah lama juga lah mak jah dengan pak man ni kerja tempat kami.

Sampai sahaja di shopping complex “Pak man tunggu kat kereta je lh.Tapi kalau abg man bosan pegi je minum kat mana-mana cafĂ©. Nanti bila kami nak pulang Lia akan call pak man.oky?”ujarku. 
“hmm.. yelah.. tapi jangan merayau lama sangat. Takut papa kamu marah pula nanti”jelas Pak man. “Pak man jangan risau kami tak merayau lama pun,mungkin dalam satu jam je kot..hehe”kata Asy.. “ye ke satu jam? Entah-entah dekat dalam tu tiga jam?yala shopping sakan dikatakan.”balas Pak man. “Pak man ni macam tak suka je nak hantar kitorang?”ujarku membuat suara merajuk. “mana ada. Hmm kamu pegi lah shopping sana. Pak man pun ada nak beli barang sikit untuk Mak jah kamu 
tu..”pujuk Pak man. “yela, kami pegi dulu.”ujar asy.

Huh.aku mengeluh. Penat pula. Dah lima kedai dah kami masuk  dan dah lima bakul yang berlainan jenama kedai lah juga kami beli . kalau ada orang yang tak kenal kami sudah tentu diorang ingat kami ni sepasang kekasih. Yala dah terlampau mesrakan. Haha.. takda banyak orang pun yang perasan kami ni kembar. “Asy , akak penat lah, jom pegi minum dulu. Dah satu jam lebih dah kita jalan.”ujar ku. “okey lah. Asy pun penat. Lepas ni kita balik lah. Kesian pula dengan abg man dah lama tunggu kita”kata asy. “okey je”balas ku. Dalam tak perasan ada seorang yang memandah kami dengan pandangan yang tajam dari jauh.

Kami memilih untuk ke resturant Old Town.ala sekadar minum air je. Sambil minum tu kami bercerita lah pasal sama budak-budak dulu. Rindu pulak rasanya. Tiba-tiba ada seorang jejaka menegur kami. 

Sunday, July 12, 2015

Maafkan Aku Mencintaimu 1

1

  Nama aku Tengku Alya Zahlia Eiya ,umur 17 tahun, nama papa ku Tengku Zamree Ezwan bin Tengku Zakaria Ezman, nama mama ku pula Tengku Arina Zarifa binti Tengku Azman Zakwan,kalau korang nak tahu aku ni ada lima adik beradik, dua perempuan dan selebihnya lelaki. Kedua-dua abang aku sudah berumahtangga,hanya kami tiga beradik lagi belum berumahtangga ,maklumlah masih muda .

 Okey berbalik pada diri ku, aku ni walaupun ada keluarga yang kaya tapi aku bukan jenis orang yang sombong dan angkuh. Tapi ramai orang selalunya berfikir orang kaya mesti sombong, angkuh ,mementingkan diri, pandang rendah pada orang miskin, dan suka bersosial. Tapi aku bukan dalam golongan orang kaya seperti itu kerana  papa dan mama ku telah mendidik aku dalam didikan agama dengan sebaiknya.

“Lia? Buat apa lagi kat atas tu? Cepat turun umi dah sediakan makan malam ni. Abi kat bawah dah lama tunggu.” suara umi memanggilku.

“Kejap lagi Lia turun umi.”kataku pada umi. Opss, hehe lupa pula nak bagitahu korang. Aku sebenarnya tinggal dengan keluarga angkat. Bukan papa dan mama tak sayang aku tapi memang keluarga aku dan keluarga angkatku dari dulu memang rapat .lagipun umi dan abi tak ada anak jadi mereka dah anggap kami semua adik beradik macam anak mereka. Aku memang tingggal kat rumah umi dan abi sejak tingkatan 1 sebab aku nak rasa bagaimana hidup serba sederhana.
Aku menuruni tangga sambil memegang telefon bimbitku terus ke meja makan. Umi memandangku sambil menggelegkan kepalanya. Maklumlah aku ni sibuk jer. Buka sibuk belajar tapi sibuk baca novel sampai tak ingat dunia.”Apelah nak jadi dengan kamu ni. Sibuk jer baca novel sampai nak kena panggilpun berkali-kali.”ujar umi pada ku.. aku hanya mampu tersengih . Abi pula tersenyum melihat gelagat ku.

“Ala umi ni membacakan amalan mulia, tak salah Lia nak pupuk budaya membacakan abi?”ujarku pada umi sambil tersenyum.

“hmm. Ikut suka kamu lah Lia. Jangan lupa pelajaran tu lagi penting tahun ni kamu ambil SPM. ”ujar abi pada ku..

“Okey abi, Lia tahu. Lia takkan lupa pada pelajaran”ujarku..
Selesai abi membaca doa makan ,aku terus menikmati masakan yang umi masak. Maklum lah hari ni umi masak lauk kegemaranku. Hehe..umi memang ingat segala apa yang saya suka..
Selesai makan aku menolong umi mengemas meja dan mencuci pinggan. Aku ni buka pemalas , aku boleh jer tolong basuh pinggan kemas rumah tapi kalau memasak tentu saja gagal. Masih lagi aku ingat waktu aku disuruh untuk  mengoreng ikan tapi kerja senangpun boleh gagal, gorong ikan pun boleh hangus.ish ish ish.. tapi takpelah mungkin lain kali boleh cuba lagi itupun tak tahu bila nak cuba.. hhehe.

Setelah siap basuh pinggan aku ke ruang tamu untuk menonton television bermasa umi dan abi. Tapi, baru beberapa minit aku menonton sudah terasa bosan, maklumlah cerita yang di tayangkan tidak menarik minta ku. Aku terus meminta izin pada umi dan abi untuk ke bilik ku atas alasan mengantuk kerana  esok sekolah. Hehe.

Aku terjaga 5.30am kerana mendengar bunyi jam loceng menandakan masa untuk solat subuh.Aku terus mengambil tuala yang tersidai di sisi ku dan terus masuk ke bilik air untuk membersihkan diri. Setelah membersihkan diri aku terus menunaikan solat subuh.Sesudah solat aku bersiap untuk ke sekolah.Aku berdiri di hadapan cermin untuk membetulkan tudung ku. Aku melihat jam di sisi ku sudah jam 6.09am,’hmm,awal lagi’desisku..

Selesai membetulkan tudung,aku terus keluar dari bilikku . Aku turun ke bawah dan aku lihat umi sedang sediakan sarapan.”Assalamualaikum umi, selamat pagi”ucapku pada umi.“Waalaikumsalam, selamat pagi”jawap umi sambil tersenyum. Aku terus saja membantu umi membancuh air teh dan membawa air itu ke ruang makan.

“hah, Lia sarapan cepat nanti abi hantar kamu ke sekolah”ujar abi pada aku. aku hanya mengangukkan kepala sambil melitah abi. Memang, abi yang selalu hantar aku ke sekolah. Sekolah aku taklah jauh dari rumah dekat jer. Dalam 20 minit dah sampai.
Selesai sarapan aku mengambil beg sekolah ku dan terus ke tempat umi”umi Lia pegi sekolah dulu assalamualaikum”ucapku setelah menyalami umi.

“Waalaikumsalam,nanti sampai di sekolah jangan nakal-nakal.Belajar betul-betul focus apa yang cikgu ajar”umi memberi nasihat padaku sebelum aku masuk kedalam perut kereta abi.”Lia tahu dan Lia ingat nasihat umi tu,bye umi”ujarku sambil melambai kea rah umi.Kereta abi meluncur laju.
Hmm,dah sampai kat sekolah dah pun.. hehe. Lupa nak cakap aku ni bersekolah di Smk Mat Salleh.. hehehe. Kalu korang nak tahu dekat sekolah aku takde sorang pun pelajar tahu aku ni anak tengku. Yelah macam mana dorang nak tahu kan kalau aku guna nama palsu. Dah 4 tahun dah aku simpan rahsia indentiti aku tahun ni masuk tahun ke 5 lah aku simpan rahsia ni.

“Lia?apa yang kamu berangan lagi tu?abi dah banyak kali panggil nama kamu ni.”ujar abi dengan sedikit tegas.

“Err,hehe maaf abi.Lia ingat nak pulang rumah papa dengan mama minggu depan.Rindu pula rasanya”ucap ku pada abi.

“hmm,bagus juga, lagipun minggu depan kamu cuti sekolah 1 minggu kan? Elok lah habiskan masa dengan dorang.hah, dah sampai pun kat sekolah kamu.”ujar abi.Aku turun dari kereta dan menayalam abi sebelum masuk ke perkarangan sekolah.

Aku berjalan menuju ke kelas ku, dalam perjalanan tu aku terserempak dengan kawan aku. ”Hai Lia selamat pagi”tegur kawan aku yang bernama Anna.Dia ni jenis orang yang suka perasan sendiri.Tapi walaupun dia macam tu, dia seorang yang ceria dan suka buat kelakar.

“Morning too Anna”balasku sambil senyum kepadanya.Kami beriringan masuk ke dalam kelas. 

Nampaknya baru beberapa orang yang sampai.Mungkin mereka yang lain dalam perjalanan.
“wieh beb?fifin belum sampai lagi ke?”tanyaku pada rakan sekelas aku yang bernama ryan.
“macam kau tak tahu perangai dia tu.Bukan ker kau dah lama kenal dengan dia? Takkan kau masih tak biasa lagi.Dia kan memang selalu lambat pun.Nak dekat jam 7 baru dia sampai selalukan.”kata ryan padaku. Aku tersengih dengan jawapan yang diberi.. hehe.. bukan aku tak tahu rutin harian c fifin ni. Tapi aku pelik juga c Lisa yang tinggal sekampung dengan dia boleh pulak awal datang ke sekolah,kenapa pula dia takboleh awal dating? entak apelah yang dia buat tu.

“Eh Lia kau dah siap tak kerja rumah yang cikgu nazreen bagi hari jumaat lepas?”Tanya listy denganku.. ou lupa listy ni budak asrama, aku tak berapa rapat pun dengan dia, Cuma kadang-kadang ada juga lah bertegur pasal kerja rumah.

“Oh, kerja rumah hari tu. Aku dah siap dah. Nape kau nak pinjam ke?”soalku. aku lihat dia tersengih. hmm faham lah maksud dia tu, nak pijam buku.macam tak biasa meniru.

“A’ah, tahu takpe..hehe. boleh tak?”jawab listy. “Eh,apasal pulak tak boleh,macam tak biasa kau selalu minta pinjam.”kataku sambil mengambil buku latihan kimia di dalam beg aku.”hmm nah,kalau salah jangan salahkan aku tau? Aku jawab semua tu ikut kata hati jer. Jangan lupa letak dalam laci balik nanti”aku kata padanya.

Aku nampak Anna pun belum siap dengan kerja rumah kimia tu. Apelah nak jadi. Selalunya budak ni siap je semua kerja rumah cikgu kesayangan dia tu. “Oi!”sergahku.Terperanjat pula budak tu.. hah mesti tengah stress jawab soalan dari cikgu ksayangan dia tu.. “Ish kau ni kan, awal pagi dah cari pasal, jangan lah buat aku tambah stress. Kerja rumah cikgu kesayangan belum siap lagi ni.Tak pasal-pasal dia marah nanti”ujarnya.Aku lihat muka dia dah jadi masam..

“Ala.. orang nak main sikit pun tak boleh,macam tak biasa pula.”ujarku dengan nada merajuk. Tapi dia ni bukan nak pujuk aku pun tambah masam muka adalah.”Okeylah,aku tak main lagi. Eh kau belum siap kerja rumah tu?bukan ke selalu kau siap semua kerja rumah dia?”tanyaku. “Alarr,bukan aku sengaja tak siapkan tapi hari sabtu aku keluar jumpa boyfriend aku, sampai rumah jer mandi terus tido.manalah sempat nak buat.”katanya. Amboi mentang-mentang ada boyfriend nak juga bagi tahu. Eeee… geramnya.

“Siapa suruh kau, baik kau buat kerja rumah dari keluar dengan c Roy tu. Eh,tapi kau keluar dengan dia hari sabtu, kemarin apa kau buat?takkan keluar dengan dia lagi kot?”ucapku. Satu cubitan di pipi aku dapat dari anna.”ish sakitlah”ujarku sambil memegang pipiku yang dicubit olehnya. “kau ni kan kemarin aku ada show. Pagi aku ke gereja, petang ada show kat dewan. Penat tau. Mana aku dapat buat kerja rumah tu kalau masa tak cukup”panjang lebar pulak dia bagi aku jawapan. Akupun lupa pula yang c Anna ni penari kebudayaan.

“sape suruh kau ikut menari”selamba aku kata padanya. “Ala kan itu keminatan aku. Tak salah lah aku buat kot”ujarnya. “Amboi kak cik oi, memang tak salah tapi kau tu ingatlah kau masih sekolah, lagipun tahun ni kan last dah kita skul. Tahun depan dah jadi lepasan spm. Ingat tu. Tahun depan kalau kau menari ke ape ke, ikut suka kau tak tidur sehari pun takde yang kisah dah”ujar aku.

“Amboi kau ni macam mak aku dah. Dah lah dari kau membebel lebih baik kau tolong aku jawab soalan ni kau dah siap kan? Jadi kau tolong lah aku.. please. lepas ni kelas cikgu kesayangan dah mana sempat. Kau tolong ek.. hehe”katanya kat aku..

“yelah aku tolong. Kali ni je tau aku tolong buat.”ujarku padanya dan mengambil alih buku latihan dia.’Alar tinggal tiga soalan jer pun.kejap je ni.’bisiku dalam hati. Aku menolong jawab tiga soalan itu  sambil menerangkan cara-caranya pada qirt.Taklama kemudian “Pagi semua”aku dan Anna terdengar suara yang begitu di kenali. Tak lain tak bukan sudah tentunya c fifin. Aku tengok jam dinding sudah jam 6.55am. Lambat sangat budak ni datang. “hmm pagi. Awal kau sampai.”sindirku padanya. “haah,betul tu awal kau sampai kan?”Anna  menyokongku.” Ish korang ni, awal apanya, dah dekat jam 7 dah pun kata awal.”ujarnya pada aku dan Anna. “Bilalah kau nak berubah ni? Selalu je datang lambat. Cuba lah kau awal sikit datang sekolah”ujur Anna. Aku hanya mengagukkan kepala bermakna setuju dengan pada yang Anna cakap.


“Bukan aku sengaja nak lambat lah. Tapi kau Tanya lah dengan anak dato tu. Sudahnya lambat bersiap nak tunggu berjam -jam baru siap.Bukan salah aku pun”ujar fifin. Aku dan Anna memandang satu sama lain, kami hanya menjongket bahu.. siapa lagi anak dato yang fifin katakana kalau bukan orang yang bernama kyra, dia kawan aku juga. Kyra ni anak orang kaya tapi gaya dia hmm boleh di katakan mulut takde insuran lah. Suka main lepas je tak tahu jaga hati orang lain betul dan yang paling penting dia ni cakap lain tapi buat lain. Susahkan.